♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Assalamualaikum.. Make sure awak smue dh solat sebelum masuk blog yg serba biase ini. NEVER SKIP A PRAYER. THERE'S A MILLIONS IN THEIR GRAVES WISHING TO COME BACK TO LIFE ONLY TO PROSTRATE TO ALLAH ONE MORE TIME~
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of Allah , Most Gracious , Most Merciful






Saturday, May 28, 2016

Changing...?

Bismillah.
Assalamualaikum readers.

Its 1.20 am.

Entah macam ada sesuatu yang nak diluahkan. Yang menyesakkan fikiran.
I feel lonely. Tak bukan kesunyian kerana tidak berteman tapi rasa kosong. Seolah jasad ditemani ramai tapi hakikatnya ada sesuatu yang hilang. Apa dia?

Aku taktau where to start and how to start..

Sungguh ketika melihat insan-insan dalam keadaan baik (gambar menutup aurat, pergaulan terjaga etc) cemburu hati ini. Rasa teringin untuk berada di celah antara mereka. Tapi jauh sangat diri ini..terlalu jauh..

Contoh, tadi aku scroll IG, I saw sorang aweks ni, hijabista yet covering her aurat perfectly. Pergaulan dijaga. Rasa macam can I be like her, when I compare my IG feed, Allahu... my photos mostly with top and jeans/ blouse, tight jeans with heels.. rasa lain dan jauh sangat dengan dia. Aku rasa kosong. Ketika insan lain busy increasing their knowledge, pergi talk sana sini, involve in sukarelawan, penuhi majlis ilmu, jumpa great peoples, baca buku-buku ilmiah..aku?

Menghabiskan masa depan phone, atas katil, layan youtube, baca novel cinta, mesej pakwe, otp berjam jam, keluar dating, keluar huha huha dengan bestfriend, makan, tengok runningman, habiskan waktu layan twitter, wechat, ig, fb... Masa terbuang. Esok I bangun tido benda yang sama diulang again and again. It just like... hmmmm

Kosong hati ini. Bila aku luahkan pada manusia mereka kata aku ni terlalu banyak berfikir. Suka fikir jauh jauh sangat. Tak! Aku bukan byk fikir tapi aku taknak hidup selama 20 tahun ini hanyalah hidup yang penuh dengan imaginasi, fantasi dan tidak berisi. At least i want to increase my level in any aspects every single day. Because IM A LIVING THING AND LIVING THINGS DO CHANGE.

Mana ada benda hidup tak berubah, keep constant je. Takde. Pasti melalui perubahan. Sama ada ke arah baik, lebih baik, atau lebih teruk. Dan itu yang seakan aku rasakan. Aku nak yang terbaik untuk diri aku and aku rasa apa yang aku buat skrg belum cukup terbaik. Ye memang dr acedemic alhamdulillah tk pernah hampakan parents, dapat anugerah dekan etc. Tapi on the other side, aku rasa macam loser sangat :(

Amalku kurang, zikirku kurang, pakaian aku tak sempurna, pergaulan aku terbabas. Rasa macam nothing I can be proud of myself. Kosong sangat hati ini. Terlalu kosong. Kadang rindu, tapi rindu siapa? Rindu nak jadi baik. Rindu pada fitrah yang baik.... allah :'(

Bila aku luahkan ni dekat orang, mula la ada yang ejek, perli konon aku nak jadi mu'alimmah, konon nak jadi ustazah pilihan, konon sok suci, konon nak jadi alim. Tapi tak kawan. Tak. Sungguh bukan.

Rasa macam  nak keluar dari sini. Nak merantau jauh. Nak jumpa orang orang yang banyak ilmu. Nak jadi manusia yang berkualiti. Bukan dr academic je tp dr pelbagai segi. Tak.. im not being nerd. Haish susah lah nak cakap.


Just really.. I hope this upcoming ramadhan I can be the better one. I can change my outfit slowly, change my routine and bad habits. Moga ramadhan kali ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, not only puasa, sahur,iftar di hotel-hotel, bazar ramadhan dan raya..but more than this.

Mencari sesuatu untuk melengkapkan kekosongan hati ini.

inshaAllah..moga Allah mudahkan urusan kita semua. Rabbi yassir wala tuassir, rabbi tammim bi khair. *senyum*


No comments: