♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Assalamualaikum.. Make sure awak smue dh solat sebelum masuk blog yg serba biase ini. NEVER SKIP A PRAYER. THERE'S A MILLIONS IN THEIR GRAVES WISHING TO COME BACK TO LIFE ONLY TO PROSTRATE TO ALLAH ONE MORE TIME~
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of Allah , Most Gracious , Most Merciful






Saturday, May 28, 2016

60 minit 3600 saat

Bismillah.
Assalamualaikum readers.

Haa wonder tak dengar entry title aku kali ni? Ala ala dramatic tak? Cuak tak? Berdebar tak? Haaaaa

Aku akan cuba menaip selaju mungkin, sampai habis aku type ni keyboard laptop aku boleh berasap hahahaha  (over imagination detected)

Ekceli im bringing my laptop to my auntie's house. Dekat Shah Alam. Masa aku drive on my way to her house aku rasa macam ada yang tak kena seems like ada benda yang aku tertinggal. Tapi bila belek, phone checked. charger phone checked. IC checked. Driving license checked, ATM cards etc checked. My personal stuff checked. Then dengan bismillah aku mulakan pemanduan. Bila sampai rumah makcik, masa keluarkan laptop dr bag then baru aku tau apa yang tak lengkap yang buatkan jiwa dan hati aku galau. You know what?? I forgot to bring my laptop's charger. Huwaaaaaaa


Apa la function nya jika unifi laju tapi tanpa charger disisi. Okay so bila aku tengok battery tinggal 1hr remaining. So i will use this short period of time untuk aku menuliskan something. 

Takde la apa istimewa sangat aku nak tulis senang cite takde main point untuk aku bahaskan or ceritakan kat sini. Nak tulis apa yeeeeee. Hurmmmm

I cant think la dalam keadaan tertekan gini kakakakaka (over imagination detected again)

okay la satgi aku sambung. Aku nak off jap.
Nanti i sambung okayyysssz. (my mom shouted from kitchen suruh tolong dia kikiki)

Daaaaaa.

Assalamualaikum (kalau tak jawab dosa, kalau jawab saiiyangg)

Changing...?

Bismillah.
Assalamualaikum readers.

Its 1.20 am.

Entah macam ada sesuatu yang nak diluahkan. Yang menyesakkan fikiran.
I feel lonely. Tak bukan kesunyian kerana tidak berteman tapi rasa kosong. Seolah jasad ditemani ramai tapi hakikatnya ada sesuatu yang hilang. Apa dia?

Aku taktau where to start and how to start..

Sungguh ketika melihat insan-insan dalam keadaan baik (gambar menutup aurat, pergaulan terjaga etc) cemburu hati ini. Rasa teringin untuk berada di celah antara mereka. Tapi jauh sangat diri ini..terlalu jauh..

Contoh, tadi aku scroll IG, I saw sorang aweks ni, hijabista yet covering her aurat perfectly. Pergaulan dijaga. Rasa macam can I be like her, when I compare my IG feed, Allahu... my photos mostly with top and jeans/ blouse, tight jeans with heels.. rasa lain dan jauh sangat dengan dia. Aku rasa kosong. Ketika insan lain busy increasing their knowledge, pergi talk sana sini, involve in sukarelawan, penuhi majlis ilmu, jumpa great peoples, baca buku-buku ilmiah..aku?

Menghabiskan masa depan phone, atas katil, layan youtube, baca novel cinta, mesej pakwe, otp berjam jam, keluar dating, keluar huha huha dengan bestfriend, makan, tengok runningman, habiskan waktu layan twitter, wechat, ig, fb... Masa terbuang. Esok I bangun tido benda yang sama diulang again and again. It just like... hmmmm

Kosong hati ini. Bila aku luahkan pada manusia mereka kata aku ni terlalu banyak berfikir. Suka fikir jauh jauh sangat. Tak! Aku bukan byk fikir tapi aku taknak hidup selama 20 tahun ini hanyalah hidup yang penuh dengan imaginasi, fantasi dan tidak berisi. At least i want to increase my level in any aspects every single day. Because IM A LIVING THING AND LIVING THINGS DO CHANGE.

Mana ada benda hidup tak berubah, keep constant je. Takde. Pasti melalui perubahan. Sama ada ke arah baik, lebih baik, atau lebih teruk. Dan itu yang seakan aku rasakan. Aku nak yang terbaik untuk diri aku and aku rasa apa yang aku buat skrg belum cukup terbaik. Ye memang dr acedemic alhamdulillah tk pernah hampakan parents, dapat anugerah dekan etc. Tapi on the other side, aku rasa macam loser sangat :(

Amalku kurang, zikirku kurang, pakaian aku tak sempurna, pergaulan aku terbabas. Rasa macam nothing I can be proud of myself. Kosong sangat hati ini. Terlalu kosong. Kadang rindu, tapi rindu siapa? Rindu nak jadi baik. Rindu pada fitrah yang baik.... allah :'(

Bila aku luahkan ni dekat orang, mula la ada yang ejek, perli konon aku nak jadi mu'alimmah, konon nak jadi ustazah pilihan, konon sok suci, konon nak jadi alim. Tapi tak kawan. Tak. Sungguh bukan.

Rasa macam  nak keluar dari sini. Nak merantau jauh. Nak jumpa orang orang yang banyak ilmu. Nak jadi manusia yang berkualiti. Bukan dr academic je tp dr pelbagai segi. Tak.. im not being nerd. Haish susah lah nak cakap.


Just really.. I hope this upcoming ramadhan I can be the better one. I can change my outfit slowly, change my routine and bad habits. Moga ramadhan kali ini bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, not only puasa, sahur,iftar di hotel-hotel, bazar ramadhan dan raya..but more than this.

Mencari sesuatu untuk melengkapkan kekosongan hati ini.

inshaAllah..moga Allah mudahkan urusan kita semua. Rabbi yassir wala tuassir, rabbi tammim bi khair. *senyum*


Friday, May 27, 2016

Chapter 1


Bismillah.
Assalamualaikum readers. (Kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang ihikssss)
Woww. Phew. Berhabuknya blog ni. 5 years. It has been 5 years already from the last time I signed in/out.
I thought I have forgotten password and username but then taaaa-daaaaaaaa.
Its kinda awkward, I don't know what to write lol I'm used to write up most of my stories here using everyone's laptop. Haha why I call it everyone's ? It is bcs everyone is belongs to the laptop. Nobody can disclaim that laptop is his or  hers. Kind of ol'skol laptop, hahaha but i do enjoy using it. From there, I learn how to create blogspot, how to play with the widgets inside it, manage dashboard, read xtml/html. New good things and experiences for 13 years old teenage girl like me back then. This blog more like my non-private-diary. Basically, the stories I wrote up here is about my school life. Cinta monyet etc gagagahaha. That time I was form 1, 2 so please give me a chance laa hahaha and guess what?? I'm one of UiTM students now. Alhamdulillah... UiTM di hatiku. (Rolling eyes) How time flies. I have grown up so fast (maybe)

Okay cut!
Now lemme speak malay. Cause Im a malay girl and I wanna make your air liur malay-lay
hahahaha apa aku merepek ni syaitooonnnn. Okay back to the post title, Chapter 1. Ummm.. Aku tktau la berapa banyak chapter dah dalam hidup ni. 20 tahun dah umur. Berchapter-chapter sudah. Ada chapter yang happy, yang penuh tangisan kegembiraan, kejayaan, kekalahan. Chapter yang sendu dan jugak chapter yang tak berpenghujung. Takde ending. Kooo ghaseee?? hahaha
But sebab aku nak start write back in my super duber cutie blog, I decided to write chapter 1 la, Kira buka new page. Actually everyday, every morning kita celik mata setelah lena yang panjang is a new plain white page for us. Its up to us how we want to paint, draw, color it. Nak letak satu warna je ke, rainbow ke, pastel ke, color block ke hahaha tak kisah. Yang penting bila kita back to our bed nak tido, when we close our eyes kita rasa grate for what we did in the whole day.

Kita bersedekah on that day, giving and putting smiles on our faces, give salaam to people, greet people with "hv a nice/ beautiful day" , Contoh paling mudah, bila kita drive thru. Tipulah kalau tak pernah drive thru kat memana fast food restaurant. Bila kita ambil our order yang dah ready tu, why not instead of saying thanks or saying nothing or sombong kerek..kita say "terima kasih, Moga hari awak ceria selalu" and give big smile to them. Aite? And I hv tried it a few times. The respond I got mashaAllah... just nice, totally nice. Some of them look touched, shocked, give very big beautiful smile to me, blushing, happy and semua la while saying "terima kasih, hv a nice day too" . See? Diorang bekerja. Stress penat tu mestilah ada. So when we say like that tak langsung boleh cheer up kan diorang sikit. And cheerkan mood dan hari kita jugak actually.
Benda tu cakap tak sampai seminit pun. And its free. 

KIND WORDS COST NOTHING.

Giving sedekah/charity. Aku selalu percaya dan yakinkan diri aku dengan dua perkara ni.


1) Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.
2) Jika kita memberi dengan ikhlas, rezeki yang tidak diduga itu akan tetap selalu ada.

Tipulah kalau everytime orang meminta, aku selalu memberi. Tak pernah missed walau sekali. Tipulah. Nak nak kita ni student. Ada masa duit tengah rabak, makan pun roti, biskut, meggi alas perut. Adakalanya fikir 2,3 kali juga untuk menyumbang. Tapi itulah, mak ajar kalau tak dapat sumbang dengan duit misalnya duit kita tngl secoet, di nyawa nyawa ikan. Kita sumbang la benda lain mana yang kita ada lebih (bukan nyawa nyawa ikan)
Contoh, kau nampak peminta sedekah atau dia datang kat kau, duit kau nyawa ikan dah ni, instead of saying NO, why not kau senyum kat dia, hulur biskut/chocolate/air kotak/mineral yang ada dalam beg kau tu. Kau tau dalam locker kau masih ada chocokate/roti/biskut/maggi. Kalau kau bagi satu, tak kebuluran. Tapi pastikan bila nak bagi tu, bendanya belum makan la. "Makcik, duit sy tk cukup.. makcik ambil lah roti/chocolate ni. Buat alas perut, Makcik doakan sy senang belajar ye. Senang ilmu masuk, selalu sihat dan berjaya" See? Tapi andai kata kau dah makan benda tu sikit, boleh je nak bagi. Paruh dua. Bagi part yang kau belum makan. Walau sikit tp kalau ikhlas, inshaAllah tetap ada manfaat nya.

My mom also said, andai kata kita ada rezeki lebih (duit misalnya) provide la berapa ringgit untuk jamu orang makan. Tapi in my case yang merupakan seorang student dan rakyat marhaen ni, kalau ada rezeki lebih, cuba untuk provide RM10 untuk belikan makanan. Mungkin untuk roommate/housemate/makcik cleaner yang bersihkan kolej. Tetiba roommate balik bilik, tengok ada chocolate dengan air kotak atas meja study, Sejuk hati member.

Same to makcik/pakcik yang bersihkan kolej kediaman kita. Sometimes lunch nak balik bilik baru habis class nampak depa duk kumpul rehat bawah kolej. Apa kata beli la air teh o ais 5 ke 6 bungkus bagi diorang sorang satu. Baru brp ringgit je tk smpai pun budget kita RM10 tu. Still got balance.

Cakap kat acik-acik tu, "doakan sy nak test/exam/belajar. Doakan kesihatan sy" diorang tu pun mostly dah berumur, pangkat mak ayah kita dah. Diorang pun senang, happy gembira, doakan yang baik baik untuk kita, kita pun sama senang and happy kan? Mana tau doa kita untuk diri kita sendiri tak di makbulkan tuhan tapi doa mereka untuk kita yang tuhan makbulkan. Kita taktau doa siapa yang diterima Allah, Makanya, buat baik sajalah pada semua. Tak kira siapa dan pangkat mereka. Even pada haiwan (kucing contoh paling mudah) dan alam. Sebab mereka pun makhluk Allah dan bertasbih padaNya :)
.
Prophet SAW also said, "bersedekahlah walau hanya dengan SEBELAH tamar"Besar tak besar manfaat sedekah ni, kalau nak ikutkan apalah sangat separuh kurma tu, tapi itulah nak cakap walau kecil mana benda tu kalau ikhlas inshaAllah tetap ada manfaat nya. Hee :)
Conclusion: JANGAN BERKIRA
.
And the rest is benda benda major lain yang kita wajib kena buat. Ini hanyalah suggestion for minor things yang maybe kita boleh change and try to do. To be the better us. Sometimes benda benda kecil ni yang boleh made our day senarnya. "Change your mindset, it changes your world" Eceywahh. Buat quote sendiri nampak? hahaha

Bila gua baca balik apa gua tulis ni, fefeling ustazah norbaiyah pulak. kikikiki. Kan ling kan?

Just really, Im not a good person and I know that. Im not a good and pious slave. Im same like all teenagers out there. Ada kalanya malampaui batas juga. Ada kalanya huha huha tak ingat dunia, dan ada kalanya di waktu malam menangis sendiri duduk tersungkur di tikar sejadah mengenang diri sendiri. Menanya apa yang aku mahu? Apa yang aku BENAR BENAR MAHU? dan meminta hati yang baru dari tuhan kerana hati ini seolah telah mati. Tapi itulah manusia. Kelmarin menangis memohon ampun, esoknya kembali menjadi setan semula. Tak bukan kamu, hanya saya.
Dan semoga perkara-perkara kecil yang kita buat ni, boleh menampung kecacatan/kekurangan perkara-perkara besar yang lain. Dan moga dengan perkara kecil camni, boleh buat kita lebih istiqamah dalam perubahan dan mendapat hari yang lebih bahagia, bermakna dan berisi InshaAllah....(bukan badan je yang berisi)

.
"Verily..God KNOWS what is in your heart.." (Quran verse)


Berakhir sudah chapter 1 saya, saya hanya kongsi apa yang sy tahu. Tiada niat untuk menunjuk.
Moga chapter1 ini, mukadimah/pengenalan/introduction/permulaan ini bermula dengan baik. Sebab dulu masa memula ada blog, first aku post benda merapu. Sekarang ni bila dah berakal sikit, elok la kiranya post benda yang senonoh sikit sebagai permulaan/awal kalam blog ni. I can't change my past but I can change my future. Huhuhu


Okay itu sahaja dri saya. (Eh tetiba gelarkan diri sendiri "saya"?? Motifffff?)


Moga kita semua dalam jagaan Allah sentiasa. *senyum*