♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Assalamualaikum.. Make sure awak smue dh solat sebelum masuk blog yg serba biase ini. NEVER SKIP A PRAYER. THERE'S A MILLIONS IN THEIR GRAVES WISHING TO COME BACK TO LIFE ONLY TO PROSTRATE TO ALLAH ONE MORE TIME~
سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
In the name of Allah , Most Gracious , Most Merciful






Friday, July 14, 2017

I LOOK FOR THE SUN BUT ITS RAINING TODAY

salam reader
Baca tajuk je dah tau kita sedih kn huhu
taktahu la knp lately ni sng sangat get sober.
why eh?
ke sebab tak boleh solat eh. Salah satu sbb x bahagia sbb x solat kan. 
ke sbb tgh emosi period. ke sebab mmg ada benda yg buat aku sedih?

masa tgh bahagia dgn dia, aku selalu pesan dlm diri jangan suka sangat jangan happy sgt mira sbb xtau bila kita akan sedih. tp degil. bahagia nya over sgt. update pasal dia. cerita kat org pasal dia. bahagia sgt people can say it thru my eyes when i talk about u 
kan skrg dah sedih. kan skrg dh mcm2 masalah.

ye la pada dia xde apa yg sedih xde apa masalah tp on my side ni mmg sedih sgt. dia x cl pn sedih. dia x ws sedih. dia cl tp x ckp pape pn buat aku sedih. basically everything make me sad idk why.
dia dh x bahagia ke dgn aku? dia dh x rse pape ke. hm
everything seems so wrong :'(

xnk bgtau dia sbb nti dia muak dgr. Nanti dia ingat aku cuba cari masalah nk gduh padehal ini yg aku rasa. hambar. hambar teruk. did he still love me? or not. hm i hate this feeling
i hate to be like an option.

jujur aku sedih dgn dia smpai skrg sbb ayat dia wktu dia mrh aku.
"jgn kacau adik i lg. ni last warning"
sumpah masa baca tu air mata rsa nk tertumpah. sedih sgt. rsa i hv no value. rasa mcm i stranger sgt utk u. rasa i jahat sgt. boleh je ckp "ni last u tanya bnda2 ni kt dia. lepasni jgn tnya lg"

ni guna istilah "last warning" dan "kacau" weh sumpah terasa sgt. rasa mcm hina sgt je diri.
yela wak sy xleh kacau kluarga awk. sy x mcm dia kan. dia rapat dgn kakak awk. rapat dgn kluarga awk. while im not. smpai warning jgn kacau adik lagi tu. sentap sgt :'( weh rasa nak nangis plak type ni huhu. lagi sedih bila dia kata "pandai2 la settle sendiri" sedih ya allah. i thought we are going to face it together :"| xpe... aku bkn penting pn. 

tp aku xnk nangis. biarlah dh bertakung pn air mata ni aku xnk nangis sbb nti aku makin tawar hati.
tp org kata kalau sedih nangis jela. sbb tu tuhan cipta air mata. ye tak? hm sakit sgt :'(
i am nobody compare to her. tkpelah mira tunjuk jela kau ok. Chill ok mira. Aku cuba for take all of this easy, cuba lupakan buat xde pape jadi. but it hurts me more. 
Buat masa ni biarlah aku x cri dia. dia cl aku angkat. dia ws aku reply. kalau tak tu xdelah... sbb sebelum ni aku je yg slalu cl ws. biarlah kali ni dia cri aku pula. kalau dia x cri then i know where im stand.

and lagi satu buat aku sedih bila dia kata "dia dh nk kawen pn"
asal dgr mcm hampa je ayat tu. knp klau dia belum nk kawen u nk la? hm
mira.
dalah mira.
jangan sayang manusia sgt. ni lah jadi kalau syg manusia sgt.
jangan letak manusia no 1. 
they can hurt u they can break u.

oh god. i cant stop this tears. i wish i can cry infront of u then u will know how hurt i am...


Thursday, July 13, 2017

EMOTIONAL

assalamualaikum readers! kalau jawab saiyanggg tak jawab dosaa hahahaha *larikkkk*

how you guys doing? Ada sihat ada baik tak? ya allah lama gila tak post. got no time k pls. Busy en wanita bekerjaya hhahahaha. okay so we hv passed the ramadhan. Salam ramadhan to all maaf lambat wish. So how was ur ramdhan going? mine is omg busy gilos. haha i kinda miss my ol' ramadhan times. Wish that we can meet ramadhan again next year amiin.

And yessssss hows ur raya?? common question is tema warna apa? mine is turquoise pink. got no idea la nak pakai warna apa. dah besar kan masing masing so we know we only pakai that baju for salam salam minta maaf time and ambik gambar then change to tshirt back bcs had to wash all the dishes lol. 2017 turn raya kat Pahang. Alhamdulillah dapat kumpul dengan semua. My raya definition skrg not about collecting duit raya whos got duit raya paling byk, whos baju raya paling top, buying lotsa branded things so on tapi lebih kpd meraikan saudara2. lagi lagi atok, tokwan, nenek. Bersyukur sangatt semua nya masih sihat even in theirs 70s. and dapat beraya dalam keluarga yg lengkap dan sihat. it is more than enough.

Ada orang beraya, tapi beraya kat hospital. Ada orang raya tapi tak cukup ahli keluarga. Banyak la lagi, so just appreciate la apa yang ada depan mata bcs we dont know when it will be taken from us.

Now dekat ofis and tengah kerja. Not tengah kerja but tgh beblogging for exact.
entah banyak gila benda nak luah dalam ni. Sorry encik blog sbb cuma cari kau waktu tengah sedih. I hv no place to share. Cerita dgn org takut org muak. Dengan kau jela huhu.
Sesak dada ni air mata lama bertakung tapi tak tumpah pun. Sebab aku taknak. Try to hold. but once broken considered sold la haha. lmao am i just making a joke? lol pls laugh. k

Encik blog.
Sedih hati ni. Macam macam rasa ya allah baru taip ni je dah bertakung semula air mata aduhai.
Sensitif nya la hati ni. knp ye.
entahlah satu satu mcm flashback dalam kepala.
dengan adik dia marah aku. dengan mak dia marah adik dia or probably marah aku skali sbb buat anak laki dia sedih and mcm mcm lah.
Pujuk diri sendiri jela skrg. Yela semua pn salah aku. Semua nya salah aku. Siapa jela aku ni banding dgn si dia huhu. ok dia 25 aku ni budk hingusan kot baru 20. Belajar pn x habis. banding dgn si dia. Bekerjaya. Pg keje pakai baju uniform. aku xda pn. paling pun baju uniform aku masa join persatuan bulan sabit merah smk telok panglima garang tu je. haha hm sedih sebenarnya. Type haha utk hiburkan diri sendiri.
Cantik orangnya. Tinggi. Kurus. Putih.
semua nya opposite dengan aku. huhu. Memang rasa diri tkde value la compare dgn girl tu.
Nurse pulak tu. Saya ni ape la ada. Saving pn xda.  Keje pun berniaga. Bukan org keje beruniform.
Berniaga jalan kaki. Berpanas berpeluh2 angkat barang berniaga. Tapi tk malu pun entahlah mungkin sbb minat berniaga. darah berniaga tu dlm diri kn. yela mak ayah berniaga. atok nenek pun berniaga. Semua berniaga.  Lain la dengan dia. Belajar pun bagus. Dengan keluarga awk lg. Family sy biasa2 je....


okay skrg boss aku ada kt sebelah.
aku masih lagi menaip. background dgr suara cina dia sembang dgn kwn dia.
aduh potong stim sedih aku betul lah.
ok now dia bagi aku voucher kfc rm10 hahahahahahaha
dia ni mmg suka memberi. baik betul la boss aku ni, semoga hati lembut utk diberikan hidayah tuhan.
and for me too. sama2 la kite..

ok sambung lik kisah sedih.
dalah dia marah aku. Siap warning bai jangan contact adik dia. last warning.
Peh sentap gila. Cuma chill jgn nangis. Kang dah nangis payah nk benti.
Adik dia ws aku lagi marah aku lak. peh lagilah aku sentap.
skrg ntahlah. Diam jela mira. Siyes xda mood sgt nk ckp skrg.
Terasa mungkin. Siapa jela x terasa. Yela kalau salah pn jgnlah mcm ni. hm
sedih sgt
.
.
.
bila dah pujuk diri sendiri dah cool sikit, aku pujuk diri sendiri dengar lagu sentimental kat utube je. Takkan nak layan hardcore lak en. haha aku mmg minat lagu sentimental ni. Kena dgn jiwa. Then dia cl. Ok jela kan cuma x reti nk ckp apa. entah hati masih terasa. then ttibe dia cakap pasal bday kawan dia lak. girlfriend kawan dia buat surprise hantar cake. ok motif?
nak aku buat ke? alamat pn xtau. tmpt keje punye alamt department apa ke bilik apa ke pn xtau.
yela budk hingusan en  baru 20 tahun tahu apa. semua xtau.
kalau ex awk yg jd awek awk dia taulah kot.
dia cite excited gila. ok so happy la member dpt surprise cmtu and u not get it?
maaf.
sebab x wat delivery surprise tu,
Ada fikir. Bukan xda. Cuma xtau alamat. sorry la bagi hadiah picisan je. huhu buang jela
setakat kad je kot. kad beli kt kedai pn boleh. ye tak :')
kad buruk lak tu kalau cntik mcm tempah pnya ok la jugak. kan haha
baju pun tk lawa. yg x minat pakai lak tu. dia minat round neck aku bagai berkolar haha
patutlah member xnk pkai. tkpe. itsokay. Bnda xda apa nk dibanggakan. nak tayang kat member pun segan. Hadiah budk skola bolehlah. Apa kelas bg u tu ye tak huhu
(crying sial aku taip ni)
rubbish lah. sedih. aku x suka sedih. nampk lemah sgt.
tp mmg sentap la. terasa sangat :'))

mmg la kau xda mention nk bnda tu but common sense lah.
contoh simple kau bagi org tu nasi dgn telur goreng. then org tu kata "nak tau x my friend kan boyfriend dia bagi nasi briyani daging pehhh sedap khas dari penang lak tu"

huhu kau rasa hati org yg bagi nasi putih telur kicap tu rasa apa?
nak cite boleh je tp raikan la pemberian dia.

"u tau x kawan i dpt nasi briyani dr penang girlfriend dia bagi tp x dpt la lawan apa u bagi. u pnya nasi putih telur goreng tu mmg x dpt ditandingi sbb u masak ikhlas utk i sorang. penuh kasih syg hehe"

simple. terhibur hati member dgr. terasa dihargai sgt sgt sgt. walaupun dia tau kau bergurau. yela nasi putih telur goreng x dpt ditandingi apa nya. mmg sah2 la dpt tp apa yg hati dia rasa tu yg penting. rasa pemberian dia dihargai. Lelaki suka melihat. Perempuan pulak suka dgr. so ckplah yg baik2 yg manis2 yg membahagiakan.

ni bukan soal "sorry i bukan mulut manis" "sorry i x suka tipu" "sorry i bukan hipokrit" no no ni bukan soal tu. tapi soal menjaga hati pasangan. meraikan pemberian pasangan. Menyenangkan hati pasangan.

Entahlah mungkin aku yg terlebih emosi. Emosi la sbb aku buat tu pakai masa dan tenaga :')
kalau labur duit je tau2 siap tu lain la kan huhu

"I gave you $10 and she gave you $50. You felt that she was better just because she gave you more when she has $1000 in her purse and all i had was this only $10"

~terasa sangat. Diam lagi baik dari meluahkan. Betul tk encik blog? Kalau cakap pun aku yg salah. Diam jela. Bawa diri layan perasaan pujuk diri sendiri....~



Thursday, January 26, 2017

Ketika mata dipejam seketika

Salam readers (kalau tk jawab dosa, kalau jwb saiiiyangg)

Waktu yg sesuai untuk menulis. Lama tak menulis. My previous post, baru je aku publish tadi. Tapi dah siap tulisnya lama. Cuma tersimpan dalam draft and baru post tadi.
So post yg ni consider as my new entry la hukhuks.

Pernah tak kau before tido, kau pejam mata imbau semula kenangan-kenangan waktu dulu?
Bcs I did.
Gelak tawa dgn kwn kwn sekolah
Tetiba balik rehat, tgk ada surat cinta bawah meja.
Senior datang class sebab nak tanya nama siapa
Huha huha dgn kwn masa balik sekolah.
Holiday dgn family
Bercinta
Putus cinta
Macam-macam la.

Ada masanya, aku before tido akan kenang balik semua tu.
Yesss aku mmg hati ada taman. Tgk je garang. Tgk je sombong. Padehal kuat leleh.
Even taklah 100% aku ingat apa aku wat in my past but memories yg terpahat dlm minda tu tetap ada.
Kadang senyum sendiri bila teringat momen-momen tu.
Sampailah part-part pahit bodoh yg pernah aku buat dlm hidup.
Hidup ni mcm kain canvas. Aku sendiri yg lakarkan corak yg aku nak.
Mata masih terpejam.
Cuma air mata mengalir dalam diam.
Terus mengalir ke pipi

"astaghfirullahal adzim"
luah di bibir.

Teruknya waktu itu
*nangis*

benda-benda ni kalau dikenang memang automatic air mata terus mengalir :'(
Ya allah.

Lemah sungguh diri ni.
Malu dgn diri sendiri. Masih ada peluang ke utk betulkan kesilapan?

Ada masanya mcm xnk terima sesiapa dlm hidup
bukan sbb rasa diri bagus tp sbb sedar diri ni terlalu byk kurang dr baiknya.
sometimes i feel like I dont deserved to be with anyone.
Kadang nak baca ws malas nk angkt cl mls semua malas.
Cuma baca buku/tulis blog/dgr lectures/tgk movie/makan macam  masa utk diri sendiri. Fon ke apa malas nak usik, Menjauh bukan sbb benci. Bukan sbb x sudi. Bukan sbb boring ke apa tp sometimes kita memang perlu 'ruang' utk sendiri.

Entahlah.
Aku pn xtau apa yg aku nak. complicated kn? huhu.

Tak dinafikan aku mmg mudah bosan dgn sesuatu.
contohnya skrg ni la td beriya nak update blog skrg aku rasa bosan nak menulis and mood tetiba nak tgk movie pulak hahahahahahaha

ok aku rasa cukup smpai sini.
aku nak layan movie.
nti pape gua update lagi haha

salam sayang,
mira

I'm back

Salam readers. Tak jawab dosa, kalau jawab saiyang ;p

Dah lama tak hapdet.

2017 dah. Happy new year (even dah nak masuk bulan 2) haha

Banyak nak tulis. Tapi taktau nak tulis camna. Sebab ada yg baca blog ni nanti. (stalker)

Rasa x secure nak curahkan rasa hati T_T
maybe i should sign up a new blog huhu.

Dah 2017 dah kan.

How fast time flies.  So macam mana 2016? Are you satisfy with what u filled sepanjang setahun tu?
Kalau tanya aku for sure la 2016 mcm mcm benda jadi. Terlalu banyak. Dan tak gembira langsung. Bukan tak happy consider sedih sendu ke apa. Tp entah. When theres nothing you can be proud with. Zero.

Rindu waktu dulu-dulu.

Waktu tak peduli handphone. Waktu takde ws. Tak main IG. Rindu 7 tahun yang lalu.
2010/2011 .
Rindu sangat.
Bukan dengan kenangan. Tapi dengan diri sendiri. Like I hv lost myself. Hilang terbang ntah kemana.
Macam mana ayat-ayat ma'surat yang dulu lancar hafalan 1 kitab sekarang cuma al fatihah yg ingat.
Ye memang boleh je baca,
Boleh je hafal semula.
Tapi manis tu dah tiada.
Mana perginya?

Hati rindu nak tunggu masuk waktu azan,

Nangis teresak bila termiss waktu,
Sekarang termiss prayer time or what I feel nothing at all.
Mana rasa bersalah tu? Mana air mata tu?
Mana hilangnya?

Okay sekarang Suatu Masa- M nasir tgh berdentum kat earphone.

K tetiba rasa sebak lol
Lagu ni ada its own sentimental value
"andai engkau tahu gelora hatiku, mungkinkah kau sahut jeritan batinku?"

*nangis* *nangis* *nangis*

Benda paling sakit is fighting over yourself.
Bila benda dah jadi darah daging, nak buang memang payah.
Bila benda dah jadi routine, memang susah nak buang.
Jadi macam mana?

I keep asking myself, Am i have no chance to be good 'again' ?

"Did god close my heart thats why I feel nothing?"
"Did god doesnt look on me anymore?"

Secara zahirnya, orang tgk aku mcm normal.

Sama macam orang lain. Sebab tuhan tutup aib aku, kawan.
Kalau lah ..kalaulah tuhan tu buka satu per satu aib aku,
Jangankan sebut nama aku, pandang aku pun korang xnak.
Kalaulah dosa tu berbau, akulah manusia paling busuk sekali agaknya.
ya allah......:(

Banyak manusia yg aku jumpa along this 20 years old journey.

Ada yang stay ada yg pergi ada juga aku yg tinggalkan mereka.haha.

Entah.

Mana syamira yg dulu.
kalau jumpa dia ckp aku rindu and pls come back.
huhu.


Thursday, July 28, 2016

Am i doing the right decision?

Assalamualaikum.

Lately ni busy sikit dengan class, assignment, project itu ini. Tak sempat nak update. Btw selamat hari raya (dah nak habis raya dh pun) haha.

Macam-macam terjadi in this short period.
Jumpa orang ni. Berpisah dengan orang ni. Haha..

Ya Allah... Engkau Maha Mengetahui.. Hati ini, perasaan ini, jalan hidup ini, masa depan diri ini.. semua dalam pengetahuan dan rancanganMu..

La Hawla Wala Quwata Illah Billa..
Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan pertolonganMu..

Bantulah aku dalam membuat keputusan agar tidak menyakiti sesiapa.
Dan yakinkan aku dengan keputusan yg telah aku lakukan itu..

2 tahun lagi?
Nak masuk rombongan?
Ye.. Nampak dia serious. Dengan usia 25, financial, kerjaya dia.. Memang tersangat stabil. Ibu ayah keluarga dia pun dah tahu, huhu

Tapi... me? on my side.. aku tak bersedia lagi utk itu. Im just 20
Aku nak belajar sampai masters. Nak dapat master tak kira apa. Nak dapat kerja best best. I can go travel with my parents and friends without thinking about benda lain (marriage life and kids)

But dia cakap after get married pun boleh je nak berjaya and kejar semua tu. Dia pun give fully support utk aku dapatkan master,
Katanya kan sweet graduate nanti dengan anak. hahaha

I do believe dia akan support, sebab dia pun bukan cikai cikai. Educated orangnya. Engineer Petronas  kot huhu

Kalau sembang dengan dia rasa macam aku ni noob gila. Cam tktau pape hahaha.
But dia tk pernah gelakkan. Never said "la takkan benda camni pun taktau" or anything yg boleh buat sentap...

dia akan cakap "bukan camtu sayang... cmni blablabla"

Aku pernah cakap kat dia, betul ke dia serious nk dkt aku yg xde pape ni. Blaja pun x habis. Life pun terbalik sana sini.. lain la dia dah ada semua

Dia jawab " Siapa kata i dh ada semua? I takde you. Sebelum i dapat apa yg i ada sekarang, I sama je macam you sayang. Pelajar juga. Takpelah kalau u tak stabil, i tolong stabilkan you.. Yg penting skrg habiskan blja tu dulu. Blaja leklok. Sbb blaja ni hanya skali. Dapatkan DL every sem"

Huhu speechless dengar, Aku tanya kalau aku dapat DL every sem, dia nak bagi apa?
Dia tanya aku nak g mana?
Me: Seoul, Korea.
Him: Okay i bagi flight ticket ke sana.

hahahaha ya tuhan! mmg motivate syamira utk blaja.

Dia kata lagi 2 tahun.
Inshaallah aku 22 dia 27..
ya Allah serious la????

Takutnya. Takut fikirkan nak berumah tangga ni. Camne la kawan kawan aku boleh kahwin right after spm and dh beranak pinak dah huhu.

Masih dalam discussion, masih mengenali hati dan perangai masing-masing.. inshaallah kalau betul dia orangnya, maka dia la jua akhirnya.

Doa jangan pernah henti. Minta petunjuk. Minta ditetapkan hati atas keputusan. inshaallah.
Ya Allah.... aku mahu yang terbaik.. terbaik buatku insan kerdil ini..


love,
Mira

Wednesday, June 29, 2016

When you have to make choices and decisions.

Bismillah.
Assalamualaikum readers.

You wake up in the morning, no idea what to do for that day, open your e-mails, check your facebook account, sleep some more, go to work/uni/school, do something to act busy, wait for the time to clock out, go home, watch TV, speak to some people on the phone, then sleep.
The example above is of a person who is not decisive. When they woke up, they didn’t DECIDE what they had to do, they didn’t DECIDE what their plans for the day would be, they didn’t DECIDE how to control the multiple variables that surround them so that they can lead a productive life.
HAAAAA TERSEDAKKKK KAUU HAMEKKK!!
I got this from Muslim Production punya website. Sentap juga la baca. Satu tips dia bagi is buat solat Istikharah when you hv to make a decision or choice. 
"You’re asking Allah – the One who knows everything about what’s best for you… if you’ve true yaqeen (certainty) in your dua, do you think Allah will make you take a “bad” decision? Prophet Muhammad (Peace be upon him) said, the one does istikhara will not regret! Imagine someone saying to you, I’ll give you a formula, if you follow it, you’ll never ever ever regret any decision you make! Will you take up the offer?!"

Inshaallah nanti buat solat istikharah. Inshaallah. Semoga kita diberi pilihan yang tepat dan terbaik untuk diri kita dan insan insan di sekeliling semua. InshaAllah.

At the end, Allah knows best
love, mira

Thursday, June 16, 2016

Sungguh Allah itu sebaik-baik perancang..

Bismillah.


Wahai diri yang terlalu lemah, 

Lemah dengan dugaan... kuatlah.

Wahai hati yang selalu lalai..

Ingatlah. Kembalilah pada tuhan..

Sungguh, masa depan itu tidak terduga.

Sungguh.. masa depan itu menakutkan
Sungguh,,, jiwa yang tidak kuat akan hanyut bersama kuatnya gelombang jahiliah.

Aku bukan orang baik.

Baik seakan tidak layak untuk aku.
Aku pernah menipu, mengkhianat, memungkiri janji, menyakiti hati dan paling jahat antara semua ialah menzalimi diri sendiri,

Mungkin saja kedudukan kamu jauh lebih tinggi di sisi Allah berbanding aku.

Terkadang aku terfikir, mengapa kita bertemu? Mengapa Allah temukan kita? Semata-mata untuk perjalanan yang sia sia? Perjalanan yang penuh lalai dan dosa. 
Dan aku masih tidak punya jawapan untuk itu. Tapi aku yakin dengan sekuat hati, Allah punya rancanganNya sendiri. 

Kita bertemu dengan manusia ada dua sebab. Pertama untuk menjadikan diri kita lebih baik atau menjadikan dirinya lebih baik. Namun, jika kedua-duanya tidak menjadi mungkin itu salah satu asbab mengapa Allah menjadikan perpisahan. 


Sungguh, hari ini katanya sayang. Tak mustahil esok sayang itu menghilang.

Allah pegang hati ini. 
Pandanglah segalanya dengan mata hati. Lihatlah betapa cantiknya aturan Ilahi.. Allahuakbar..

Wahai diri yang berdosa dan masih melakukan dosa, 

Ingatlah...
Kembalilah...
Pada tuhanmu,,
Jangan ulangi kejahilan itu lagi, Jangan ulangi kesalahan itu lagi.

Ye kita manusia. Kita insan. Kita pelupa. Tapi jangan jadikan itu untuk terus melakukan kesilapan yang kita terang-terangan tahu, Yakin mengapa hadirnya rasa suka antara kita dan mengapa hadir juga rasa benci antara kita.

Ye.. dulu kita masih muda. Masih muda untuk mengenal apa itu cinta, siapa diri kita dan masih leka dalam mengenal Pencipta kita.

Sekarang, bangunlah.

Bersihkan jiwa, memohon ampun padanya.
Allah itu Maha Mengetahui apa yang ada di hati kita.  Allah itu tahu apa yang baik dan terbaik untuk kita.

" O son of Adam, if your sin reach the cloud of sky and you come ask for my forgiveness then I will forgive you.."


Baca dan fahamilah Al-Quran. Betapa banyaknya Allah bercerita tentang keampunan Dia pada hambaNya berbanding kemungkaranNya. Jika dulu kita jahil, kita buang segalanya dan hanya menempatkan manusia di dada inilah masanya untuk kembali mengutip sisa sisa ilmu itu dan tampal sebaik mungkin agar hati kita kembali kuat dan taat padaNya. 


Tidak Allah temukan kita melainkan ada ujian, ada hikmah disebaliknya. Allahu Allah..

Semoga aku ditemukan dengan insan-insan yang tepat pada waktu yang tepat.

Sungguh ya Allah.. aku tidak tahu apa rancanganMu pada aku, Aku tidak tahu apa hikmah di balik air mata dan perjalanan ini. Aku tidak tahu apa yang terbaik buat aku dan masa depanku.

Cuma pinjamkan aku keyakinan bahawa segala yang Kau takdirkan adalah corak yang terindah buat aku dalam meneruskan perjalanan menujuMu...


"Kita merancang dengan cita-cita namun Allah merancang dengan cinta-Nya..."